New york, 3 April – Kami berminat melawat Rakhine kata Duta Peru, Gustavo Meza-Cuadra, yang memegang giliran sebagai presiden Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Myanmar membenarkan PBB melawat negara itu selepas beberapa bulan menyatakan bantahan tetapi tidak pasti sama ada duta dibenarkan mengunjungi negeri Rakhine.
“Memang jelas . Tiada yang lebih baik selain mengunjungi lokasi itu untuk melihat keadaan sebenar,” katanya.
Hampir 700,000 penduduk Islam Rohingya melarikan diri dari Rakhine dan kini menetap dalam kem pelarian sesak di Bangladesh sejak tentera Myanmar melancarkan operasi Ogos lalu.
Selepas majlis berkenaan mencadangkan lawatan Februari lalu, kerajaan Myanmar berkata ‘bukan masanya’ tetapi kini memberikan lampu hijau.
Duta Peru, Gustavo Meza-Cuadra, yang memegang giliran sebagai presiden Majlis Keselamatan, berkata butiran jadual perjalanan belum dimuktamadkan, termasuk sama ada kerajaan membenarkan mereka melawat Rakhine.
Britain, Kuwait dan Peru menganjurkan lawatan majlis itu, yang termasuk kunjungan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar. Tiada tarikh diumumkan berhubung lawatan itu.
Pihak berkuasa Myanmar berkata, operasi di Rakhine bertujuan menghapuskan militan, tetapi Majlis Keselamatan menuntut penduduk Rohingya dibenarkan pulang dengan selamat.