Home Pertahanan dan Keselamatan Aset tersadai: Tuduhan berulang dan tidak berasas menjelang pilihanraya

Aset tersadai: Tuduhan berulang dan tidak berasas menjelang pilihanraya

by M.Daim

PORT DICKSON, 3 Apr – Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini membidas tuduhan sesetengah pihak yang mempunyai kepentingan politik bahawa aset dan kebajikan anggota tentera terabai.

Hishammuddin menasihatkan pihak-pihak yang menuduh aset-aset tentera dan kebajikan anggota tentera terbiar untuk datang dan melihat sendiri usaha-usaha serta hasil-hasil yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Tuduhan-tuduhan itu tidak bertanggungjawab, tidak berpijak di bumi yang nyata,” tegas Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menyentuh tuduhan aset terbiar, Dato’ Seri Hishammuddin menekankan bahawa Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia sentiasa memastikan kesiapsiagaan aset ketenteraan terjaga sebagai mana yang telah digariskan di bawah Teras Kesiagaan.

Teras Kesiagaan merupakan salah satu teras tahunan yang digariskan oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia. Objektif teras ini adalah untuk memastikan tahap kesiapsiagaan ketiga-tiga cabang perkhidmatan ATM adalah berada di tahap optimum dan bersedia untuk diaturgerak pada bila-bila masa.

“Dalam keadaan ekonomi gawat pun, kita mampu untuk memenuhi ketiga-tiga perkhidmatan,” jelas Hishammuddin.

“Kita mempunyai perancangan khusus (untuk aset tentera) dan perancangan tersebut tetap diteruskan. Malah, kita sedang membina kapal (LMS) di China,” ujar beliau.

“Ini perkara biasa berlaku apabila pilihan raya semakin hampir. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan bukanlah sesuatu yang baharu dan banyak lagi tuduhan-tuduhan tertentu akan dilemparkan. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan pula akhirnya jelas terbukti tidak benar,” tegas Hishammuddin.

“Kita akan buktikan dengan perancangan yang termaktub dalam Hala Tuju Mindef. Kita tetap teruskan perancangan walau dalam apa jua keadaan.”

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!