Home SemasaGlobal Nelayan bantu bersih tumpahan minyak maut

Nelayan bantu bersih tumpahan minyak maut

by Noor Sheila Amin

Jakarta, 2 April – Dua maut apabila tindakan pekerja membersihkan tumpahan minyak di pulau Borneo semalam dengan cara membakarnya membawa padah dan mencetuskan kebakaran yang besar.

Menurut pihak berkuasa, kedua-dua mangsa dipercayai nelayan, terbunuh selepas terperangkap dalam api besar itu.

“Api sangat besar, menjangkau kira-kira dua kilometer tinggi. Ia boleh dilihat dari bandar Balikpapan dan baunya boleh dihidu di merata tempat,” kata pegawai agensi mencari dan menyelamat Borneo, Octavianto.

Menurutnya, pihak berkuasa berjaya memadamkan api itu, namun tumpahan minyak masih dikesan di perairan berkenaan.

Tidak diketahui berapa banyak minyak yang tumpah dan dari mana ia berasal.

Penduduk Balikpapan juga terkejut apabila melihat api menjulang tinggi dan asap tebal setinggi beberapa kilometer dari bandar itu.

Octavianto memberitahu, sebuah kapal membawa arang batu turut terperangkap berhampiran api tetapi pihaknya berjaya menyelamatkan semua 20 kru.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!