Home SemasaGlobal Isu Skripal: Rusia halau 60 diplomat US

Isu Skripal: Rusia halau 60 diplomat US

by M.Daim

Moskow, 30 Mac – Rusia telah menghalau seramai 60 orang diplomat Amerika Syarikat dari negara itu semalam. Pihak Rusia turut berikrar bahawa Moskow akan bertindak sedemikian rupa kepada negara-negara lain yang telah dilihat sebagai ‘berkomplot’ dengan London dan Washington untuk menekan Moskow.

Pihak Amerika Syarikat turut diarahkan untuk menutup konsulat mereka di St Petersburg. Penutupan yang diarahkan oleh Rusia adalah sebagai tindak balas kepada Amerika Syuar Krisis ini dilihatsebagai tindakbalas diplomatik yang terbesar dilakukan oleh Rusia semenjak Perang Dingin tamat.

England dan Amerika Syarikat lantang menuduh Rusia terlibat dalam insiden serangan racun terhadap seorang bekas perisik Rusia dan anaknya. Tindakan yang dilakukan oleh Moskow adalah sebagai tindakbalas kepada tindakan beberapa buah negara di Barat termasuk England yang bertindak menghalau diplomat Rusia dari negara masing-masing.

Tindakan ini diambil setelah bekas ejen perisikan Rusia, Sergei Skripal dan anaknya, Yulia telah diracun dengan gas saraf.

Britain mendakwa Rusia menjadi dalang sebalik kejadian tersebut, namun Rusia menolak tuduhan yang dibuat oleh London. Pada 20 Mac, Britain telah menghalau seramai 23 orang pegawai diplomat Rusia. Isnin lalu, Perdana Menteri Britain, Theresa May yang dilaporkan oleh Reuters menyatakan bahawa18 buah negara telah merancang untuk menghalau diplomat Rusia dan 14 buah negara daripadanya adalah dari Kesatuan Eropah.

NATO turut dilaporkan menghalau 7 orang pegawai misi Rusia dari pertubuhan itu dan menolak permohonan 3 orang pegawai misi. Sergei Skripal, 66 tahun, dan anaknya, Yulia Skripal, 33 tahun, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah pusat membeli belah di Salisbury pada 4 Mac lalu. Yulia Skripal dilaporkan semakin stabil, namun Sergei masih lagi dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa Britain menyatakan gas saraf Novichok telah digunakan dalam cubaan membunuh kedua-dua mangsa. Gas saraf Novichok merupakan sejenis gas saraf yang dihasilkan pada era Soviet. Theresa May mengutuk serangan itu dan mendesak sekutunya untuk mengutuk Moskow. Menurutnya, tindakan Moskow merupakan satu tindakan ofensif dan merupakan serangan senjata kimia yang pertama di Eropah semenjak Perang Dunia Ke-2 tamat.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!