Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut KD Indera Sakti di Bintulu

KD Indera Sakti di Bintulu

by Noor Sheila Amin

Bintulu, 28 Mac – Pegawai memerintah Kapal Diraja (KD) Sri Indera Sakti, komander Sham saimon, mempelawa orang ramai untuk menghadiri Hari Terbuka Kapal Diraja bagi menyaksikan sendiri kapal perang terbesar dalam inventori Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Pelabuhan Bintulu pada Ahad ini bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Kapal itu yang sebelum ini berada di Sabah dijangka tiba di Bintulu pada 31 Mac ini. (sabtu)

TLDM ingin memberi peluang kepada rakyat bintulu untuk melihat sendiri dan melawat kapal paling besar milik TLDM yang mempunyai struktur binaan sepanjang 100 meter dan seberat 4,300 tan dan boleh memuatkan 16 buah kenderaan berat tentera. kapal ini ditauliahkan pada 24 Oktober 1980.

KD Sri Indera Sakti pernah beroperasi di perairan Teluk Aden Somalia bagi menentang lanun pada tahun 2008-2009.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!