MUAR , 24 Mac – Timbalan Pengarah Operasi Maritim Wilayah Selatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Sanifah bin Yusof memaklumkan operasi mencari dan menyelamat kapal korek JBB RONG CHANG 8 dipergiat beeikutan penemuan dua lagi mangsa didalam bilik enjin kapal dikenali sebagai Liang Puzeng dan Liu Konggan adalah warga negara china.
Kepten Maritim Sanifah bin Yusof berkata” Operasi mencari dan menyelamat mangsa dipergiatkan dengan menambah bilangan penyelam dilokasi kejadian. Kerja menyelam dimulakan seawal jam 7 pagi tadi. Setakat ini 9 orang mangsa telah ditemui, 5 daripadanya dalam keadaan selamat manakala mangsa yang maut seramai dua orang dan dua lagi mangsa yang ditemui pada malam semalam dan pagi tadi masih belum dikenal pasti identiti mangsa”.
Penemuan mayat terapung malam tadi masih belum dikenal pasti dan sedang menunggu ahli keluarga membuat pengecaman. Operasi mencari dan menyelamat menemui dua mayat terapung hari ini di dua lokasi berlainan. Satu mayat dipercayai wanita ditemui di dalam kabin kapal yang terbalik itu manakal lagi satu mayat ditemui di 6 batu nautika barat Parit Haji Bakri. Berikutan penemuan itu kawasan pencarian dikawasan 196 bn persegi pada hari semalam diperluaskan lahi pada hari ini kepada 200 bn persegi di sekitar lokasi awal kapal tersebut terbalik. Jumlah penyelam yang terlibat dalam operasi ini seramai 79 orang dari pelbagai agensi. Pencarian dari udara turut dilakukan bagi mencari mangsa yang masih hilang.
Usaha menyelamat ini turut dibantu oleh pelbagai agensi lain termasuk dari Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Pasukan Polis Marin, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Laut dan Jabatan Kesihatan Muar. Seramai 145 orang anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam usaha menyelamat ini.