Home Semasa 14 pengajur liga komuniti sertai Liga M5

14 pengajur liga komuniti sertai Liga M5

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 24 Mac –  Satu lagi sejarah dicatatkan di dalam bola sepak negara apabila sebanyak 14 penganjur liga komuniti dan liga sosial dari seluruh negara menyertai divisyen ke-5 bola sepak negara yang dikenali sebagai Liga M5.

Foto: Fb JOHOR Southern Tigers

 

 

 

 

 

 

Majlis menandatangani perjanjian di antara 14 penganjur dan Football Malaysia LLP (FMLLP) telah diadakan di Hotel Phoenix, Forest City Johor Bahru dan turut disaksikan oleh YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor.

FMLLP turut mengesahkan daripada 14 penganjur tersebut, 9 daripadanya adalah dari sekitar Lembah Klang.

Manakala dua lagi penganjur yang terlibat ialah dari Terengganu dan masing-masing satu dari Johor, Melaka dan juga Pahang.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam berkata Liga M4 & M5 ini diadakan bagi menyediakan hala tuju liga negeri dan liga sosial dalam bola sepak Malaysia.

Perancangan selama 10 tahun ini dapat meningkatkan penglibatan pemain amatur serta meningkatkan tahap prestasi mereka sekaligus meningkatkan ‘pool’ pemain tempatan.

FMLLP juga mensasarkan pasukan-pasukan Liga M5 ini dapat dipromosikan ke Liga M4, Piala FAM, 100PLUS Liga Premier Malaysia dan seterusnya ke unifi Liga Super Malaysia.

Idea tambahan dua lagi divisyen dalam hierarki bola sepak negara dikenali sebagai Liga M4 dan M5 ini adalah cetusan misi dan visi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Liga M5 akan bermula pada tahun ini dengan juara setiap penganjur dijangka akan membentuk Liga M4 pada 2019.

Berikut merupakan liga-liga yang telah menandatangani perjanjian dan akan menyertai Liga M5:
1. Piala Sultan Johor – Johor FA (Johor)
2. Liga Komuniti Puchong (Kuala Lumpur)
3. Shah Alam League (Klang, Selangor)
4. Subang Football League (Subang, Selangor)
5. Sunrize Community League (Sg Buloh, Selangor)
6. Klang Valley League (Shah Alam, Selangor)
7. Liga PBKL Div 1 (Kuala Lumpur)
8. South Selangor League (Shah Alam, Selangor)
9. Selangor Social Premier League (Shah Alam, Selangor)
10. Melaka Div 1 – Melaka FA (Melaka)
11. Pahang Div 1 – Pahang FA (Pahang)
12. DD League (Cheras, Kuala Lumpur)
13. Liga PBSNT – Terengganu FA (Terengganu)
14. Terengganu Amateur League (Terengganu)

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!