Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut TLDM hantar dua pasukan penyelam, bantu keluarkan 14 mangsa terperangkap

TLDM hantar dua pasukan penyelam, bantu keluarkan 14 mangsa terperangkap

by Air Times News Network

MUAR, 22 Mac – Pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah menghantar dua pasukan penyelam bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan permukaan sebelum kesemua mereka masuk ke bawah kapal Pasir JBB Rong Chang 8 yang tenggelam di perairan Muar.

Komander Selam dan Peperangan, Periuk Api, Pengkalan Lumut, Perak, Kapten Tay Yeap Liong berkata, dua pasukan membabitkan lapan anggota itu ditugaskan untuk membantu mengeluarkan 14 mangsa terperangkap.

“Pemeriksaan permukaan atau survey surface ini penting kerana kita turut mengambil kira soal keselamatan penyelam yang mana ia merupakan prosedur. Sejurus keadaan mengizinkan, pasukan ini akan cuba masuk ke dalam kapal secepat yang boleh.

“Kita akan bertindak pantas dan berusaha menyelamatkan kesemua mangsa. Setakat ini, seramai 23 pasukan TLDM dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, setiap penyelam yang telah disediakan set skuba mereka kan mampu bertahan sehingga 40 minit di bawah air.

Sementara itu, Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Datuk Abu Bakar Idris berkata, kaedah menarik kapal ke kawasan yang lebih cetek akan dilakukan sekiranya penyelam berisiko memasuki ruang kapal.

“Sekiranya mereka masih terhalang untuk masuk ke dalam kapal, maka kaedah lain adalah dengan menarik kapal berkenaan ke persisiran pantai yang mana jaraknya dengan daratan adalah sejauh kira-kira tiga batu nautika,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!