SUBANG JAYA, 20 Mac – Kewujudan Pangkalan Udara (PU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sendayan di Negeri Sembilan dan Pangkalan Semenanjung Pasukan Gerakan Udara (PGU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Subang akan menjawab segala prasangka negatif yang dilemparkan kepada kerajaan selama ini.
[blockquote align=”none” author=”Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi”]Pelaksanaan operasi di kedua-dua aset keselamatan negara itu juga sekali gus menjawab pelbagai persoalan yang dimainkan media atas talian melalui kaedah tidak tradisional dan konvensional selama ini[/blockquote]
“Kita lihat media-media (ini) telah menimbulkan persepsi yang amat negatif, sebahagian daripada kita pun yang beruniform mempunyai prasangka yang begitu kerana apabila sesuatu berita diulang-ulang, pasti ia ke minda dan lekat di hati kita.
“Tetapi peristiwa pada hari ini (perasmian PGU) dan perasmian PU Sendayan membuktikan semua tuduhan, semua berita palsu, semua anggapan yang negatif adalah sesuatu yang harus ditolak oleh kita dan rakyat keseluruhannya kerana kejayaan kita dilihat sendiri,” katanya berucap merasmikan PGU PDRM Subang semalam.
Yang hadir sama, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Masir Kujat; Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Fuzi Harun dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan menangkis tanggapan negatif segelintir masyarakat itu bagaimanapun bukanlah pendekatan defensif kerajaan atau bersifat ‘denial syndrome’ (sindrom penafian).
“Saya tahu, zaman kerajaan betul semua, benar semua telah berlalu. Era kerajaan tahu semua juga telah berlalu. Saya bersetuju dengan pegangan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri mengenai perkara ini.
“Tetapi kita harus mengakui, bahawa biarpun sesuatu yang baru itu pasti mengikut teori berdasarkan beberapa kajian dan hipotesis (bahawa) ia sentiasa ada 12 peratus ‘rejection’ (menolak) dalam mana-mana masyarakat mengenai reputasi tentang idea baharu, produk baharu dan perkara baharu.
“Oleh yang demikian minda kita harus bertukar, sikap dan perlakuan kita harus berubah dalam keadaan yang dibalingkan gelombang yang besar kepada kita,” katanya.
Sementara itu Mohamad Fuzi berkata, PGU PDRM yang dahulunya dikenali sebagai Unit Udara Polis sejak penubuhannya pada 1 Januari 1979 kini memiliki 31 pesawat udara dan 11 helikopter.
“Semoga dengan adanya aset-aset baharu ini, PGU mampu menggalas tanggungjawab yang lebih besar dan memainkan peranan sebagai sebuah unit kepolisan udara bertaraf dunia.
“Pusat operasi baharu ini bukan sahaja menyediakan kemudahan yang lebih kondunsif, bahkan berupaya mengatasi masalah pengoperasian penerbangan yang dihadapi selama ini,” katanya.
Pangkalan Semenanjung PGU PDRM Subang bernilai RM386 juta dibina di tapak seluas 16.1 hektar menggantikan PGU Sungai Besi merangkumi 17 bangunan baharu yang menyediakan kemudahan lebih luas dan moden.
Ia turut mempunyai sambungan terus kepada landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah untuk membolehkan operasi 24 jam.