Home SemasaGlobal Juruterbang yang menembak jatuh MH17 bunuh diri

Juruterbang yang menembak jatuh MH17 bunuh diri

by Noor Sheila Amin

London, 20 Mac -Juruterbang tentera Ukraine yang dituduh oleh Russia menembak jatuh pesawat penerbangan Malaysia MH17 pada 2014, ditemui mati akibat membunuh diri dengan pistol, lapor media Ukraine,semalam.

Kapten Vladyslav Voloshyn mengecam tuduhan Russia itu yang dianggapnya sebagai satu penipuan.

Penyiasat Belanda memutuskan bahawa sistem peluru berpandu antipesawat Buk buatan Russia yang menembak jatuh jet Boeing 777 dan membunuh semua 298 penumpang.

 Dalam kejadian 17 Julai 2014 itu pesawat berkenaan dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Menurut BBC, media Ukraine yang memetik polis melaporkan, Voloshyn menembak mati dirinya sendiri di rumahnya di Mykolaiv berhampiran Laut Hitam, semalam.

Ukraine menganggap Voloshyn sebagai wira perang.

Voloshyn menjalankan 33 misi pertempuran dengan mengendalikan jet tempur Su-25 ketika menyerang pemberontak yang disokong Russia di timur Ukraine.

Anggota keluarga dipetik media Ukraine berkata, Voloshyn sebelum ini mengalami kemurungan.

Mereka berada rumah flat itu ketika Voloshyn menembak dirinya dengan pistol.

Voloshyn dibawa ke hospital dengan ambulans tetapi disahkan sudah meninggal dunia.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!