KOTA BHARU, 19 Mac – Kementerian Pertahanan akan melancarkan pelan tindakan perumahan berteraskan kebajikan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam masa terdekat, kata Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Hishammuddin berkata selain aspek perumahan, ia turut merangkumi antara lain usaha meningkatkan pendidikan dan latihan, kesihatan dan perubatan serta meringankan beban kos sara hidup.
[blockquote align=”none” author=”Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein”]”Saya percaya agenda yang kita rancang sejak tiga, empat tahun sebelum ini boleh dimanfaatkan, dirasai, dihargai kerana ia memberi keselesaan kepada anggota kita apabila mereka diarahkan ke medan nanti[/blockquote]
“Keluarga yang mereka tinggalkan dapat duduk dalam rumah yang selesa, anak mereka boleh ke sekolah dalam keadaan yang meyakinkan, kesihatan mereka juga diambil kira. Semua ini merupakan agenda kebajikan yang saya letak sebagai keutamaan,”katanya.
Hishammuddin bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra dan perasmian Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Kem Desa Pahlawan.