Home PolitikPakatan Harapan Rafizi Ramli tidak akan bertanding PRU14

Rafizi Ramli tidak akan bertanding PRU14

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, hari ini memaklumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Beliau mengumumkan perkara itu sendiri dalam ucapannya semasa memulakan perbahasan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

“Ini adalah ucapan saya yang terakhir dalam dewan ini Yang Dipertua, memandangkan saya tidak akan bertanding dalam PRU akan datang.

“Saya meminta maaf sekiranya kritikan pedas saya selama lima tahun yang lepas di dalam dewan mulia ini melukakan hati pihak sebelah sana (kerajaan),” kata naib presiden Parti Keadilan Rakyat itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sangat terbuka ketika berhujah dengannya.

Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi dan seorang bekas kerani bank, Johari Mohamad, kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Rafizi dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!