Home PolitikPakatan Harapan Pakatan Harapan umum nama calon PRU14 6 April

Pakatan Harapan umum nama calon PRU14 6 April

by Air Times News Network

JOHOR BAHRU, 14 Mac – Pakatan Harapan bakal membuat kejutan mengumumkan calon-calon PRU14 yang akan bertanding di negeri ini pada 6 April depan.

Setiausaha Badan Pimpinan Bersatu Johor, Datuk Osman Sapian berkata pengumuman itu akan dibuat bersempena Jelajah Pakatan Harapan Johor pada hari yang sama.

“Jelajah ini akan disertai lima kepimpinan utama Pakatan Harapan yang akan menjelajah ke beberapa daerah di Johor sebelum berkumpul di Johor Bahru.

“Selain memperkenalkan bakal perdana menteri dan timbalan perdana menteri, kita juga akan buat kejutan dengan pengumuman nama-nama calon di 26 Parlimen dan 56 Dun di Johor,” katanya kepada Sinar Harian.

Osman berkata, jelalah itu dijangka menghimpunkan kira-kira 10 000 ahli termasuk orang awam.

Turut hadir,Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin utama DAP iaitu Penasihatnya, Lim Kit Siang; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu (Mat Sabu).

“Jelajah sehari ini mempunyai beberapa pengisian walkabout, perjumpaan bersama jentera PRU.

“Kita juga akan membentangkan manifesto kepada rakyat yang mungkin mereka ini tidak mengikuti berita di akhbar atau medium lain,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!