Home PolitikPakatan Harapan Kes Aib Polis: Rayuan Tian Chua ditolak

Kes Aib Polis: Rayuan Tian Chua ditolak

by M.Daim

SHAH ALAM, 2 Mac – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua terhadap sabitan yang diputuskan ke atasnya oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, kerana menyebut kata-kata mengaibkan kepada seorang pegawai polis, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Abdul Karim Rahman membuat keputusan itu selepas berpuas hati sabitan itu yang diputuskan Hakim Yasmin Abdul Razak pada 9 Mac tahun lepas adalah selamat.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan silang pihak pendakwaan untuk menaikkan hukuman denda RM3,000 yang dikenakan terhadap Tian Chua atau nama sebenarnya Chua Tian Chang, 54, sebaliknya mengurangkan jumlah denda kepada RM2,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Pada 9 Mac tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM3,000 atau tiga bulan penjara terhadap Tian Chua selepas didapati bersalah menyebut perkataan mengaibkan kepada pegawai polis Petaling Jaya, DSP Glenn A. Sinappah bagi mengaibkan kehormatannya.

Tian Chua didakwa melakukan kesalahan itu di pintu utama lobi Hotel Armada, Petaling Jaya, pada 7.45 malam 14 April 2014 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!