Home PolitikBarisan Nasional Ibarat hina masyarakat Cina:Chong Sin Woon

Ibarat hina masyarakat Cina:Chong Sin Woon

by Nurulhuda

Ketua Pemuda MCA, Datuk Chong Sin Woon menyatakan tindakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang membidas jutawan Robert Kuok adalah ibarat menghina “masyarakat Cina secara keseluruhan”. Dalam satu kenyataan hari ini, Chong berkata penghinaan oleh Nazri itu dirasai oleh masyarakat Cina kerana Kuok bukan orang sebarangan mendapat penghormatan tertinggi daripada kaum Cina di seluruh dunia.

“Nazri memilih orang yang salah untuk dibidas. Lagipun tidak ada bukti sebenar bahawa jutawan yang dihormati itu benar-benar menyokong pembangkang dalam apa jua cara,” kata Chong.

Nazri menjadi tumpuan apabila para pemimpin Umno berlumba-lumba mengasak lelaki paling kaya di negara ini apabila sebuah artikel dalam blog Malaysia Today mendakwa kononnya Kuok menaja parti DAP dan membiayai portal The Malaysian Insight. Walaupun kebanyakan pemimpin Umno membidas Kuok sebagai “tidak bersyukur”, Nazri terus melabel Kuok sebagai ‘pondan’ dan ‘ayam betina’ kerana berselindung di Hong Kong.

Susulan campurtangan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai yang secara peribadi memberitahu perdana menteri rasa tidak puas hati masyarakat Cina berhubung serangan terhadap Kuok, Datuk Seri Najib Razak ‘menyambut baik’ kenyataan jutawan itu bahawa beliau menghargai setiap peluang yang diberi kepadanya.

Bagaimanapun, ini tidak menamatkan kecaman oleh pemimpin MCA berhubung keengganan Nazri menarik balik kata-katapenghinaan yang dilemparkan terhadap Kuok. Sebagai contoh, setiausaha MCA Pahang Quek Tai Seong menyifatkan Nazri sebagai “menteri berita palsu” kerana memilih untuk mempercayai “gosip kaki lima” tentang sokongan Kuok kepada  pembangkang. Justeru, Quek juga menuntut permohonan maaf daripada pemimpin Umno itu.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!