Home Pertahanan dan Keselamatan Majlis Penghantaran Tim Operasi STARLIGHT-1

Majlis Penghantaran Tim Operasi STARLIGHT-1

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 27 Feb – Majlis Penghantaran Tim Operasi STARLIGHT-1 iaitu Kumpulan Pertama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang akan mengambil alih pengoperasian Hospital Medan Malaysia (HMM) dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Cox’s Bazar, Bangladesh telah diadakan di Dewan Tanjung, Wisma Transit ATM, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor. Pengoperasian Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox’s Bazar, Bangladesh yang sebelum ini dikelolakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) sejak 20 November 17 telah ditamatkan pada 17 Februari 18. Pengoperasian HMM Cox’s Bazar kini akan diambil alih oleh Angkatan Tentera Malaysia ATM selaku peneraju yang baru di bawah penyelarasan Pejabat Perdana Menteri (Projek Khas) sehingga Disember 18.

Tujuan utama pengoperasian HMM cox’s Bazar adalah untuk menzahirkan hasrat murni Kerajaan Malaysia dalam memberi bantuan kemanusiaan khususnya kepada pelarian Rohingya yang sedang berlindung di Bangladesh. Fokus utama bantuan adalah bagi menyokong usaha perkhidmatan perubatan dan kesihatan kepada pelarian Rohingya. Keseluruhan operasi akan dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan Bangladesh dan Angkatan Tentera Bangladesh (ATB) serta dibantu oleh KMM, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan sukarelawan Malaysia. Tim Operasi STARLIGHT-1 secara keseluruhanya terdiri daripada 58 orang Pegawai, anggota lain-lain pangkat dan kakitangan awam ATM.

Keanggotaan adalah terdiri daripada 22 orang pegawai ATM yang terdiri daripada doktor-doktor pakar serta pegawai perubatan dalam pelbagai bidang. 30 anggota lain-lain pangkat ATM dan 6 orang kakitangan perubatan awam ATM yang terdiri daripada pembantu perubatan, paramedik, jururawat, bidan dan staf pentadbiran serta tektikal. Tim Operasi STARLIGHT-1 telah diaturgerak mulai 23 Feb 18 melibatkan Kumpulan Pendahuluan seramai 23 orang. Baki Tim (Kumpulan Induk) akan bergerak pada 28 Feb 18. Pergerakan Tim Operasi STARLIGHT-1 adalah dengan menggunakan pesawat kormesil. HMM dijadualkan beroperasi sepenuhnya mulai 1 Mac 18.

Tempoh penugasan Operasi STARLIGHT-1 adalah selama 3 bulan dan akan tertakluk kepada arahan lanjut sekiranya perlu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Abdul Rahim bin Mohamad Radzi, Ketua Staf ATM, Jeneral Dato’ Abdul Halim bin Hj Jalal, Panglima Angkatan Bersama Laksamana Madya Datuk Mohd Reza bin Mohd Sany, Pegawai-pegawai Kanan ATM dan Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Pertahanan serta Kementerian Kesihatan.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!