Home SemasaGlobal Berlumba godam sistem tentera Singapura

Berlumba godam sistem tentera Singapura

by Noor Sheila Amin

Singapura, 22 Feb – Ratusan penggodam menyerang sistem komputer Kementerian Pertahanan Singapura bukan saja bagi meraih hadiah wang tunai, malah mahu membuktikan siapa penggodam terbaik.

Mereka dijemput kementerian itu untuk menguji keampuhan sistem komputer ketenteraan Singapura selepas kejadian penggodam mencuri data peribadi kira-kira 850 anggota tentera dan kakitangan melalui laman web kementerian itu, tahun lalu.

Seramai 264 penggodam digelar ‘white hat’ menyertai program yang bermula pertengahan Januari hingga awal bulan ini dengan ganjaran sehingga AS$14,750 (RM58,000) untuk penggodam terbaik.

 Bagi melaksanakan program itu, kementerian pertahanan bekerjasama dengan rangkaian keselamatan siber HackerOne, yang pakar mengendali program memburu pepijat atau kelemahan sistem komputer.

Menurut kenyataan Kementerian Pertahanan Singapura hari ini, penggodam terbaik ialah Pengurus Keselamatan Siber dari Ernst and Young Singapore yang hanya dikenali sebagai Darrel, menggunakan nama dalam talian, Shivadagger. Dia menerima ganjaran bernilai AS$5,000 (RM20,000).

Seramai 34 penggodam berjaya menemui 97 kelemahan dengan 35 laporan dianggap sah.

Ketua keselamatan siber kementerian itu, David Koh berkata, Singapura mempunyai beberapa senjata paling canggih di rantau Asia Tenggara, namun berdepan risiko tinggi menjadi sasaran penggodam yang mungkin pelajar sekolah, penjenayah dan perisik.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!