Home PolitikBarisan Nasional Persediaan Gerakan Pulau Pinang di tahap 90 peratus

Persediaan Gerakan Pulau Pinang di tahap 90 peratus

by Nurulhuda

Pulau Pinang, 20 Feb – Gerakan Pulau Pinang telah menyenaraikan 17 calon termasuk tiga wanita untuk bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang dan empat kerusi Parlimen di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang. Pengerusi Gerakan Negeri, Teng Chang Yeow berkata senarai calon negeri itu sudah dikemukakan kepada Gerakan pusat dan pimpinan Barisan Nasional (BN).

“Lapan daripada 17 calon adalah muka baharu…mungkin ada pertukaran di saat akhir…bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan BN,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Gerakan Pulau Pinang sempena Tahun Baharu Cina di George Town, malam tadi.

Beliau berkata persediaan parti itu berada di tahap 90 peratus dan manifesto negeri sudah disiapkan dan kini hanya menunggu untuk dihebahkan pada masa yang sesuai. Beliau berkata antara perkara yang terkandung dalam manifesto itu termasuk keperluan perumahan mampu milik, penyelesaian masalah banjir, pembangunan sosial yang memberi tumpuan kepada warga emas dan pembangunan wanita.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!