Home SemasaGlobal Su-35 untuk Indonesia

Su-35 untuk Indonesia

by M.Daim

Jakarta, 18 Feb – Agensi AFP melaporkan Indonesia telah menandatangani kontrak perolehan 11 buah jet pejuang Su-35 dari Rusia. Kontrak perolehan yang bernilai US$ 1.14 bilion itu telah ditandatangani di Jakarta.

Perolehan tersebut dibayar dengan menggunakan sistem barter. Indonesia pada Ogos lalu menawarkan komoditi negara itu sebagai bayaran perolehan jet pejuang dan satu memorandum persefahaman antara kedua-dua pihak telah ditandatangani. Namun begitu, sehingga kini, tiada kenyataan dari kedua-dua pihak yang menyatakan cara pembayaran oleh Indonesia.

CNN Indonesia memetik kenyataan jurucakap Kementerian Pertahanan Indonesia, Brigadier Jeneral Totok Sugiarto. Menurut beliau, kontrak perolehan tersebut telah ditandatangani pada 14 Februari lalu di Jakarta oleh wakil Kementerian Pertahanan Indonesia dan Rostec.

Menurut Brigadier Jeneral Totok Sugiarto yang dipetik oleh CNN, proses penghantaran Su-35 ke Indonesia adalah melalui 3 fasa. Fasa pertama adalah melibatkan penghantaran 2 buah Su-35 ke Indonesia pada Ogos 2019. Fasa kedua pula melibatkan penghantaran 6 buah Su-35 dalam tempoh 18 bulan dari Ogos 2018 dan 3 buah lagi pada tempoh 23 bulan dari Ogos 2018.

 

Su-35 merupakan antara calon jet pejuang yang membida program penggantian F-5E Tiger II TNI-AU. Pada tahun 2015, Jakarta telah memilih Su-35 berdasarkan kesamaan peralatan dan platform dengan Su-27SK dan Su-30MK2 yang dioperasikan oleh TNI-AU.

 

Jet pejuang Su-35 keluaran Sukhoi merupakan salah satu jujukan platform Su-27. Jet pejuang ini diklasifikasikan sebagai jet pejuang genarasi 4++ kerana mempunyai teknologi jet pejuang generasi ke-5.

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!