Home Pertahanan dan Keselamatan Pesawat Pejuang F/A18-D TUDM Mendarat Cemas Di Kuching

Pesawat Pejuang F/A18-D TUDM Mendarat Cemas Di Kuching

by Air Times News Network

KUCHING, 28 Nov – Beberapa pendaratan pesawat komersial dilencongkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching manakala dua pesawat komersial dihalang berlepas sebentar tadi bagi memberi ruang kepada sebuah pesawat pejuang F18 milik Tentera Udara Diraja Malaysia mendarat cemas.

Menurut sumber, pendaratan cemas itu dilakukan berikutan pesawat berkenaan berhadapan masalah teknikal, iaitu berlaku kerosakan indikasi “undercarriage failure”.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang Kuching, juruterbang pesawat memberikan isyarat kecemasan sekitar jam 2.41 petang dan melakukan pendaratan cemas yang mendebarkan lima minit kemudian.

Pesawat tersebut berjaya melakukan pendaratan dengan pasukan penyelamat berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

Turut diletakkan dalam keadaan bersedia, Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dibuka semula sekitar jam 3.32 petang tadi.

TUDM melalui siaran media memaklumkan ” Pesawat pejuang  F/A18-D milik Tentera Udara Diraja Malaysia telah membuat “precautionary landing” setelah mendapati “Nose Landing Gear Indicator” menunjukkan ianya tidak berfungsi meskipun ketiga-tiga landing gear tersebut berfungsi dengan baik’

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!