Home Pertahanan dan Keselamatan Kerajaan belum cadang selaraskan pencen pesara ATM

Kerajaan belum cadang selaraskan pencen pesara ATM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 9 Nov – Kerajaan belum bercadang untuk membuat pelarasan pencen bagi pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana langkah itu membabitkan penjawat awam lain dan implikasi kewangan yang besar.

[blockquote align=”left” author=”Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein”]Buat masa ini kerajaan memperkenalkan beberapa insentif lain seperti Bantuan Bakti Negara, Skim Anuiti Veteran, kenaikan Skim Hilang Upaya Veteran dan bayaran Insurgensi Khas kepada veteran yang hilang upaya sebelum 2001[/blockquote]

“Kementerian sudah dan terus merancang untuk memberikan pelbagai bentuk bantuan sama ada kepada yang berpencen atau tidak berpencen dan tumpuan khas adalah kepada usaha kita mengurangkan bebanan kos sara hidup veteran-veteran kita,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Hishammuddin menjawab pertanyaan Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut) yang ingin tahu bilakah pelarasan pencen anggota ATM dapat dilaksanakan.

Hishammuddin yang juga Menteri Tugas-tugas Khas, berkata sebelum 2013, apabila skim gaji baharu ATM diperkenalkan, kadar pencen pesara ATM telah turut dilaraskan.

Katanya, pelarasan pencen bagi semua bekas tentera yang berpencen dilaksanakan mengikut Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen,Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

“Sebagai satu simulasi, pesara ATM berpangkat pegawai Waran 1 yang bersara pada 1978 dengan gaji semasa RM1,120 menerima pencen sebanyak RM560, bagaimanapun selepas beberapa kali pelarasan pencen beliau, pada 2017 menerima RM1,544.75,” katanya.

Hishammuddin berkata, pembentangan Bajet 2018 pada 27 Okt lalu, kerajaan sudah bersetuju menaikkan kadar pencen minimum kepada RM1,000 bagi pesara tempoh perkhidmatan 25 tahun dan turut terpakai kepada anggota-anggota lain pangkat ATM yang berkhidmat selama 21 tahun.

Menjawab soalan tambahan Mohamad Imran yang mahu Majlis Angkatan Tentera (MAT) diberikan peranan melaraskan pencen bagi pesara anggota ATM, Hishammuddin berkata majlis itu hanya membabitkan perkara berkaitan pemerintahan ATM seperti diperuntukkan dalam perkara 137 Perlembagaan Persekutuan Angkatan Tentera 1972.

“Dari segi undang-undang, MAT tiada pilihan perkara berkaitan dengan perbelanjaan (gaji dan elaun) kerana ia hendaklah diluluskan melalui Parlimen dan Kementerian Kewangan,” katanya. – BERNAMA

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!