Home Pertahanan dan Keselamatan ‘Jangan guna persatuan veteran untuk batu loncatan berpolitik’ – PTD

‘Jangan guna persatuan veteran untuk batu loncatan berpolitik’ – PTD

by Air Times News Network

TAIPING, 23 Sept – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim meminta ahli Persatuan Veteran Regimen 6 Askar Melayu Diraja (RAMD) supaya tidak menjadikan persatuan itu sebagai batu loncatan untuk berpolitik.

Beliau berkata, tindakan sedemikian perlu dicegah kerana ia boleh menyebabkan hubungan antara anggota menjadi renggang dan objektif persatuan untuk menjaga kebajikan anggota tidak akan tercapai.

“Tidak salah anggota untuk berpolitik kerana ia merupakan hal peribadi masing-masing, tetapi janganlah mencampuradukkan politik dalam persatuan.

“Persatuan hendakkah digunakan untuk membantu kebajikan anggota yang memerlukan bantuan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Reunion Veteran 6 RAMD Ke-8 dan Penubuhan Persatuan Veteran 6 RAMD di Kamunting dekat sini hari ini.

Zulkiple berkata, pihaknya berbangga dengan penubuhan persatuan itu yang aktif dalam merapatkan hubungan sesama anggota.

Sementara itu Presiden Persatuan Veteran 6 RAMD, Ramli Mohamad berkata, sememangnya penubuhan persatuan adalah bagi merapatkan hubungan silaturahim sesama anggota selain membantu kebajikan anggota dan keluarga mereka.- Bernama

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!