Home Pertahanan dan Keselamatan Isu tular Mohamad Sabu disangkal

Isu tular Mohamad Sabu disangkal

by Noor Sheila Amin

Kuala Lumpur, 28 Mei – Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Mohamad Sabu dilaman Facebook rasmi miliknya hari ini telah membuat satu kenyataan rasmi berhubung penularan perkara-perkara yang tidak benar mengenai diri beliau selepas pelantikannya sebagai Menteri Pertahanan.

“Pertama tersebar dan tular gambar kononnya saya mahu memandu kenderaan Perodua Viva milik anak saya dan tidak mahu menggunakan kenderaan rasmi serta pengiring disediakan kementerian pada hari pertama bekerja.

“Kedua tersebar dan tular juga gambar kononnya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali berbuka puasa di rumah saya sedangkan gambar tersebut merupakan gambar lama ketika kedua-dua tokoh tersebut makan malam di rumah saya tahun lalu.

“Ketiga tularnya mesej di laman aplikasi WhatsApp kononnya meminta derma untuk “Tabung Kereta Baru Mat Sabu”.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa saya akan menggunakan hak yang saya terima sebagai seorang menteri namun tidak pula akan mengambil lebih daripada itu”, katanya dalam kenyataan itu.

Mohamad Sabu turut menyatakan pada masa sama, tidak ada sebarang derma yang boleh dikutip menggunakan nama saya tanpa sebarang persetujuan dan kebenaran daripada saya” .

Mohamad Sabu juga meminta supaya pada masa akan datang, segala berita mengenai saya hanya akan dikeluarkan melalui kenyataan saya atau akaun media sosial rasmi saya seperti Facebook: Mohamad Sabu – Menteri Pertahanan Malaysia, Twitter: @MSabu_Official dan Instagram: msabu_official.

Kenyataan Mohamad Sabu di laman rasmi Facebook miliknya boleh dicapai di sini.

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!